Followers

Wednesday, September 22, 2010

Lelaki dan perempuan tak boleh bergambar bersama??

Membebel dari whitechocolate at 4:49 PM
Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Aku dengan malasnya bangun dari katil sebab tido aku tak cukup sebenarnya. Aku tido kol4 pagi semalam sebab blog punye pasal. Hee~ Aku bangun dari katil dan menuju ke tempat sidai kain. Aku angkat baju dan lipat. Rajin kan? Huhu..angkat bakul masuk sendiri la pulak..huhu..Aku ke bilik air portion lain disebabkan kolej tak bayar bil air dekat portion aku.Haha..Joke je. Naseb aku baik sebab kawan aku yang bagitahu. Kalau aku tak tahu semestinya aku mandi sabun sahaja tanpa air.. hahaha..
. . . . . . . . .


Aku ke kelas ekonomi seperti biasa. Harini aku pakai kebaya hijau dan seluar. Sebenarnya baju kebaya tu dipakai dengan kain. So, aku wat pelik ckit.. Pakai ngn sua.. Ak sangat2 terasa yang aku ni alien sebab sepanjang aku jalan ke kelas, pelajar2 uum pandang aku dengan mimic muka yang pelik. “Pelik sangat ke aku?”, aku bermonolog. “Ah! Peduli ape! Sekali-sekala pelik. Ade aku kesah?”,aku bermonolog lagi. 
. . . . . . . .


Selepas selesai azab belajar subjek yang aku tak suke sejak dari matrik, aku kelas yang boleh tahan hensem lecture. Tapi foreigner la..Orang Jordan.. huhu..Seperti biasa, orang akan pandang pelik ke arah aku. Aku buat2 tak tahu aje. Sesampainya di kelas math model, salah seorang kawanku menegur sambil menyanyi. “Gadis melayu..gadis melayu..”.Aku menahan muka malu ku dan terus ke tandas. Semasa perjalanan ku ke tandas, aku tersermpak dengan 3 orang kawan lelaki. Salah seorang menegur ku, “ La..nape pakai baju kebaya tak ajak aku?”.”Mana nak tahu kau nak pakai gak..hehe”, aku menjawab. “Mana baju korporat?”,Tanya salah seorang dari mereka.” Ni lah baju korporat aku. Chantek tak?”, jawab aku lagi. Aku kelas semula selepas membetulkan tudung di tandas. Ini lah aktiviti harian ku sebelum ke kelas. 
. . . . . . . 


Selepas beberapa minit, seorang lecture yang aku amat kenali masuk. Aku fikirkan beliau salah kelas. Rupa2nya beliau mengantikan tempat lecture asalku. Lecture ni foreigner gak tapi dah lama menetap di Malaysia. Beliau mula mengajar kami tentang math model. Beliau mengajar kami semua seperti di tadika.Beliau memberi contoh dengan membuat bunyi, membuat reaksi kelakar. Satu kelas tak kering gusi dengan celotehnya. 
. . . . . . 


Di akhir kelas, aku dan kawan2 ku meminta izin untuk mengambil gambar dengan nya. Hanya untuk kenang-kenangan. Beliau dengan perlahan memberitahu dalam bahasa inggeris dan setelah aku translatekan jadilah begini.. “Encik, boleh tak kami amek gambar dengan encik?”, kataku dan seorang lagi kawanku. “Saya dengar tidak boleh lelaki dan permpuan bergambar. Tidak elok. Saya minta maaf dan jangan berkecil hati”, katanya perlahan. Aku dan kawan2 ku berasa sangat kerdil kerana beliau lebih mengetahui akan perkara itu daripada kami yang asal-usul keturunan melayu.. “Sapa yang beritahu encik tentang perkara ini?,” Tanya kawan ku dalam nada bergurau. “Imam yang beritahu saya”. Kami semua terkedu. Aku dan kawan2ku tidak pernah pula mengetahui hal ini. Ini dijadikan pengajaran buat kami. Disamping itu, kami dapat menimbang ilmu tentang dunia akhirat.

0 comments:

Post a Comment

 

Pelangi Cinta Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei