Followers

Sunday, July 22, 2018

Things happen in past 3 years

Membebel dari whitechocolate at 9:03 PM 0 comments
Assalamualaikum pelangi cinta. Okay. Dah setel mandi, makan semua kita teruskan lah niat untuk sambung last post tadi.

2) Bertukar status
     Pada tahun 2016, aku dan si dia merancang untuk menamatkan zaman couple kami. Kami decide untuk berkahwin pada 03.12.2016. Masa ni aku share tarikh akad nikah dan kenduri dengan kakak aku, Sabrina. Pagi tu kami akad nikah. Lepas tu terus ke homestay untuk kenduri kami berdua. 2,3 hari sebelum tarikh bahagia ni, hujan tak berhenti-henti. Aku dan kakak aku macam dah risau sebab takut banjir. Maklum lah bulan 12 banjir dan hujan tak dapat dipisahkan di Kelantan. Dan pada hari tersebut alhamdulillah Allah makbulkan doa kami supaya majlis berjalan dengan lancar. Hari tu cerah. Cuma pada sebelah petang hujan renyai-renyai. Masa nak outdoor photoshoot tu hujan start turun. 
     Majlis aku dan kakak aku ni dibuat dekat homestay di Pantai Geting, Tumpat. Abah yang request tempat ni. Sebab dia nak berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik dia. So kami ikutkan jela. Kos agak besar sebab kami kena sewa homestay, tiket flight (mama,abah,aku,adik), makan masa dekat homestay tu. Tapi alhamdulillah sepupu-sepupu ku datang menolong kami malam sebelum majlis tersebut. Ok lah. Jom aku share gambar-gambar hari tersebut. 

* Dan paling happy bila my sahabat datang jauh dari KL untuk majlis ni. Terharu happy semua cukup. Thank you guys. You're the best *


      



Things happen in past 3 years.

Membebel dari whitechocolate at 6:36 PM 0 comments
Assalamaualaikum w.b.t. Last update tahun 2015 kan? Dah dekat 3 tahun juga tak tulis blog. Harini 22/07/2018, Ahad, jam 3.35pm aku berniat nak teruskan memblog.

Kenapa aku tiba-tiba nak tulis blog ni? Sebab tiba-tiba je aku rasa nak usha blog ni. Bila baca balik apa yang ditulis, macam-macam perasaan ada. Lawak, happy, sedih. Macam-macam jadi sejak 3 tahun lepas. Ada cerita happy. Ada cerita sedih. Kita mula dengan cerita sedih dulu la.

1) Putus kawan
    Dulu aku ada seorang kawan baik. Sekarang dah jadi ex dah. Nama dia start huruf M. Memang sangat rapat since zaman U lagi. Kemana-mana berdua. Macam belangkas dah kami dua. Kadang-kadang macam pakwe makwe pula. Kerja satu tempat, rumah duduk sekali (time ni bujang lagi la). Memang pergi mana-mana berdua. Paling tak boleh lupa dia kenalkan aku dengan satu game ni. Clash of clan (COC) nama dia. First aku cakap "Amenda la game kau main ni? Tak best langsung.". Then dia suruh aku download. Lepas dah download dia ajar cara nak main. Dah pandai terus aku addicted main. Macam orang hisap ganja pula kalau main game ni. Maksud aku dia punya addicted tu boleh sampai tak tidur malam. Makan pon hold dulu. Settel game ni dulu. Sampai tempat kerja pon kau tak nak berhenti main. Bila exec kau keluar ada meeting or keluar mana-mana la kan, tangan masing-masing pegang fon. Pen, kertas semua terbang entah kemana. Yang bestnya kawan aku ni berjaya hasut staff-staff situ merangkap kawan kerja kami la. Satu tempat addicted main. Siap buat group sendiri. Hahaha. Bagus dia punya perangai satu ni. Pandai pengaruh orang. Hehe. Okay back to how kami boleh putus. One day, ditakdirkan dia jatuh cinta. At that time aku memang dah ada bf. Dia je single. Then datang la seorang mamat ni(dah jadi suami dia dah pon) couple dengan dia. Okay. Dari situ dah boleh nampak perangai dia slow-slow berubah. Tak nak membawang banyak-banyak. Jadi nak dijadikan cerita one of my U friends macam biasa sakat dia. Macam zaman dulu-dulu time dekat U. Dia terus touching dan left group. ????. So kami-kami dalam group speechless la because before this dia boleh accept je. Kira anggap benda tu lawak la. So aku assume since dia rasa dia ada bf yang boleh ada dengan dia masa susah senang then dia left la. But masa tu aku dan dia je yang bercakap. Dengan yang lain memang tak la. Aku banyak kali dah si D tu main-main je. Don't take it serious la. Aku pujuk dia kawan balik dengan yang lain. Macam biasa kedegilan dan keegoaan dia lagi tinggi dari dia. Aku pun dah penat then aku pula yang ambik keputusan left group yang dia ada. Start from that kami dah putus kawan. Pernah tak mintak maaf balik or nak berbaik-baik semula? Gila tak pernah. Semua pernah try. But then ego dia macam biasa. Lagi tinggi dari dia. Tapi dekat socmed kami still ada friend dengan dia. One unlucky day, my friend P kahwin. Kami semua jadi bridesmaid. P ada ajak juga dia but seen je la. So, we just teruskan macam biasa. Macam nothing happen la. Jadi bridemaid untuk kawan kami si P. Ada pulak kawan aku si T tag dia dalam gambar kami. Dont know what her motif masa tu. Maybe dia nak pujuk dengan cara macam ni kot??. I've no idea. After that si M ni terus unfriend kami dekat socmed. So kami dah tak boleh nak stalk dia (even lepas dia senyap tu kami still nak tau perkembangan dia). Yela. Kawan dah lama. Macam kalau putus cinta. Mesti nak stalk ex kan? Sampai sekarang we lost contact dengan dia. But on March haritu kawan aku si Y nak kahwin. Dia ada ajak dekat fb messenger. Mula-mula tak reply. Then after beberapa hari dia reply "Tahniah Y". Kami pon fikir dia mungkin dah cool down. Tapi tu je la last contact dengan dia. Sekarang senyap tanpa berita. And for update dia dah kahwin.

Ok lah. No 2 kita sambung nanti pula ye. Sampai sini dulu. Assalamualaikum.

Thursday, July 23, 2015

Selamat hari raya 2015

Membebel dari whitechocolate at 6:27 PM 0 comments

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kita masih diberi kesempatan meraikan hari yang berbahagia ni. Tapi sebelum tu marilah kita mengucap kesyukuran kepada Allah kerana kita masih dapat merasa puasa di bulan Ramadhan dan berharap agar segala amal ibadah kita semasa puasa diterima. Amin.

Ok. Tahun ni tema baju mak jemah colour royal blue. Hehe. Cantek u ols. Patutnya kami sekeluarga raya dekat kelantan tapi sebabkan masalah2 yang tak dapat elak, terpaksa last minit beli tiket flight ke labuan. Gila mahal. Rm500++ pergi je okay? Cube teka flight ape? Mas? Uh-uh. Salah. Airasia ok? Tagline dia tak masuk akal. Now everyone can fly. Kalau harga macam ni, macam mane orang yang tak berkemampuan nak balik kg?. Ni pon nasib ada orang tolong pinjam kan duit dulu. Kalau tak beraya kl jela kita tahun ni. Taknak. Sedey wooo. 😔😔. Okay, nak belanja gambar sikit. Moh terjah. Zassss~~

Thursday, August 25, 2011

Eid ul-Fitr 2011

Membebel dari whitechocolate at 11:55 AM 1 comments


Assalamualaikum w.b.t..Entry kali ni Cik Loly nak buat sempena Hari raya pada 30hb Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432H. Sebelum itu, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih lagi dapat merasai bulan yang mulia,bulan Ramadhan..4 hari lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita dengan seribu kesedihan dan bulan Syawal pula akan menjelma tiba dengan membawa seribu kegembiraan pada setiap umat Islam. Saya sering memperingatkan diri saya bahawa ini mungkin Ramadhan yang terakhir. Oleh sebab itu, saya berhasrat untuk menyucikan diri di bulan yang mulia ini dengan memohon keampunan kepada-Nya. Semoga doa saya dimakbulkan olehNya..amin..

Okay. Tu sebagai mukadimah je. Hehe. Entry ni kan bertajuk Hari Raya. So,ni nak cerita sikit lah pasal hari raya saya pada tahun ni. Tahun ni saya raya agak mewah la sebab macam-macam yang saya dapat sempena nak sambut hari raya ni. Antaranya;

1)Baju raya
- Baju raya tahun ni ditaja oleh kakak saya sendiri,Sabrina. Tahun lepas kakak saya yang first taja. Hehe. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun la baju raya ditaja. Tak penah beli guna duit sendiri. Al-maklumlah, saya ni student lagi. Tengah praktikal sekarang. Kalau praktikal ni bagi elaun, takpe juga. Memang la ada niat nak beli baju raya sendirik. Tapi apakan daya, duit tak ada. Hehe. Okay. Tema tahun ni ungu. Tapi baju saya tak berapa nak ungu sangat lah sebab ada warna biru dan putih. Kira macam-macam ada. Gambar baju tu belum ambil lagi. Tunggu raya pertama, baru saya buat entry baru khas edisi raya. ;).

2)Tudung raya
- Tudung raya saya tahun ni warna biru. Ha?. Musti korang akan cakap 'Macam tak kena je dengan baju'. La..kan dah bagitahu tadi baju saya ada warna ungu, biru, dan putih. So,boleh je kalau pakai antara ketiga-tiga warna ni. Tudung bawal ke shawl?. Sudah semestinya SHAWL. Sebab saya suka sangat pakai shawl. Tapi saya tangah kebuntuan sekarang sebab tak tahu nak pakai 'style' macam mane. Ingat nak buat 'style' baru. Dah bosan dengan 'style' lama. Tapi tengok lah dulu macam mane. Huhu.

3)Kasut raya
- Kasut raya @ wedges ni ditaja oleh kakak sulung, Suzana. Wedges ni pula saya beli warna hitam dan putih. Sebab warna ni sesuai dengan semua baju. Kan2?. Kasut ni tak ada apa-apa yang istimewa pun. Tapi kasut ni nampak cantik di pandangan mata saya lah. Orang lain saya tak tahu dan saya tak kisah apa orang nak cakap. Mak dan ayah saya serta abang saya semua macam pelik kenapa saya suka sangat beli wedges ni. Dorang cakap saya dah tinggi buat apa pakai kasut tinggi lagi?.  Saya pun tak tahu kenapa tapi saya suka!. Si dia pun tak bagi saya pakai wedges kalau saya keluar dating dengan dia. Wuu.. Sedih tau. (T_T).

4)Handphone raya
- Yang ni paling-paling terbaik lah. Macam bulan jatuh keriba pula rasanya sebab tak pernah dan tak berniat pun nak pakai handphone baru raya ni. Tup-tup ada orang nak taja beli handphone. So, rezeki jangan ditolak dan maut jangan dicari. Betul kan?. Hehe. Orang yang menaja saya pula bukan calang-calang orang dia. Walaupun dia dah ada anak dan isteri, still dia belikan untuk saya juga. Memang terbaik lah. Handphone touchscreen pula tu. Aish. Tak pernah mimpi pun nak pakai handphone-handphone canggih macam ni. Alhamdulilah. Saya patut bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang baik hati ni. Haa. Korang jangan buat-buat cerita pula di hari yang mulia ni. Orang yang menaja saya tu adalah abang kandung saya sendiri, Azim nama dia. Hehe.Mesti ada yang fikir saya ada 'sugar daddy' or bercinta dengan suami orang. NO. NO. and NO!. Perkara-perkara ni tak akan terjadi lah selagi iman masih kuat didada. ;)

Smart kan?. Tapi lagi smart kalau iPhone or Samsung Galaxy..;)


5)Beg raya, Baju Jalan-Jalan raya, Seluar Jeans raya 
- Haa. Ketiga-tiga items ni ditaja oleh ayah saya sendiri, Zakaria. Beg raya tahun ni warna hitam dan putih sama macam kasut wedges saya. Sesuai kan?. Hehe. Baju jalan-jalan pula saya beli dekat 4 helai. Semua nya kategori blouse sebab saya sekarang tertarik nak pakai blouse bila keluar jalan-jalan. Seluar jeans raya tahun ni pula adalah seluar jeans yang paling terbaik dari ladang lah. Seluar jeans Levi's. Huhu.

6)Duit raya
- Disebabkan saya ni masih bergelar student, maka dengan ini saya tak bagi lah duit raya dekat siapa-siapa pun. Saya hanya boleh menerima duit raya sahaja sekiranya ada yang memberi. Al-maklumlah, kalau umur dah meningkat remaja ni, memang susah nak dapat duit raya. Baik jadi budak-budak. Banyak duit raya dapat. Hehe. Saya tak berharap sangat lah untuk dapat duit raya tahun ni sebab saya dah dapat agak dah mesti duit raya tak akan mencapai ratus-ratus lah. Kadang-kadang ada juga cemburu bila kawan-kawan bercerita duit raya hampir 1K. Tapi saya sepatutnya bersyukur dengan apa yang saya dapat. Alhamdulillah..Dan pada hari ni saya bermurah hati nak bagi duit raya dekat siapa-siapa yang baca entry saya ni. Nah!. Ambil lah sampul dengan duit raya tu. Lepas tu, masukkan duit tu kesampul sendiri ye. Terima Kasih..;)
Pilih warna ni sebab ikut tema raya..;)


Banyak tak duit raya saya bagi?. Hehe.



7)Boyfriend raya
- Kalau ditranslatekan boyfriend ni ke Bahasa Melayu, jadi kawan lelaki. Kawan lelaki raya?. Ada la dalam 2,3 orang. Itu pun kawan kepada adik-adik saya. So, secara automatiknya saya pun berkawan lah dengan mereka semua. Hehe. Tapi kalau diikutkan Boyfriend (BF) ni adalah kekasih. Haa.. Kalau bab bf-bf ni, memang tak ada lah bf raya sebab kalau tiap kali raya tukar Bf, susah lah nanty. Hehe. So, the answer is Nope!. Saya tak ada Bf raya. ;)

8)Ucapan Raya
- Sebenarnya saya nak buat ucapan ni malam raya tapi dikesempatan ni saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin kepada keluarga tercinta, kawan-kawan tak kira lah kawan sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, UUM, dan FB. Dan yang paling teristimewa lah kepada si dia yang berada jauh di semenanjung Malaysia. Hehe.
Comel kan?. Hehe. Minal 'Aidin wal Faizin Semua..;)





Monday, August 8, 2011

Fun @ My Mum's Kitchen..(^_^)

Membebel dari whitechocolate at 10:33 PM 2 comments
Assalamualaikum w.b.t kepada semua yang aku kasihi and cintai..haha..Macam buat karangan darjah 6 lak rasanya.Ok.Tengok je tajuk entry kali ni macam seronok and fun je bunyi dia kan?..(musti korang cakap huh?..sambil buat muka pelik..lantak la..ade aku kesah?..haha). Pada 5 ogos 2011 bersamaan puasa yang ke-5, aku kena la duduk rumah sebab tak keje hari sabtu and ahad. Disebabkan badan terutama perut and tekak aku dah biasa dengan suasana sejuk kat opis macam duduk dekat adelaide..(hehe..macam kenal jek kat mana ni)..So..Bila aku duduk rumah hari sabtu and ahad ni,perut aku and tekak aku berubah dengan drastiknye..Memberontak tak tentu pasal..sherammmm ni..hee..ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak..(suka hati aku la nak letak peribahasa apa pon..wek!)..Oleh yang demikian, satu hari suntuk tu badan aku tak bermaya macam maya karin..(eh..tak ada kaitan ke?ada maya2 tu..boleh kan?so,korang jawab la..boleh bah kalau kau)..Oleh sebab tak bermaya macam adam maya, aku tidur je lepas aku tolong mak aku..hee..

So, pada mula nya semangat aku berkobar-kobar nak tolong mak aku kat dapur..aku pun bangun la seawal jam 11..Awal kan?..Awal la tu dari korang..hehehe..Lepas aku mandi hadas dari semua kotoran-kotoran yang ada kat badan aku, aku pon ke dapur mak aku yang comey lote tu..Mula-mula mak aku suruh goreng kelapa untuk dibuat kerisik..Ala..yang nak letak dalam nasik kerabu tu..tak pernah makan?..Bukak puasa esok try beli nasik kerabu..Kalau takde jual kat sana, meh tempah dengan aku..Aku hantar gune pos laju ok?..Dijamin sampai besok dalam keadaan basi..hahhaha..

After that..(aku memang suka campor kuah rojak bahasa ni..hee), mak aku suruh buat benda yang aku tak pernah dan aku akan buat lepas ni sebab ni dikira peberet aku gak la..Menurut bahasa sabah la kan..Bende yang paling manang ialah tumbuk-menumbuk guna lesung batu dengan anaknya..Perh!!Nikmat gila bila aku buat bende ni..Masa tu pulak aku tengah ber"bulu" dengan seorang mamat ni..Ape lagi..Memang best la aku tumbuk lesung batu tu kan?..Muka dia terpampang di dalam lesung batu tu..Aku tumbuk-tumbuk..Aku lenyek-lenyek sampai pecah la lesung batu tu..haha..hiperbola la sikit..Tapi memang tak pecah pon lesung batu tu..Korang jangan ternganga lak mulut tu bila dengar macam tu..Kalau pecah betul-betul, memang kalah la Mr.Fumakila tu kan..heee...So,pesanan aku untuk sape-sape yang gune mesin blender tu..Hentikan la..Takde kepuasan pon gune tu..Gunalah lesung batu cap ayam-ayam saja..haha..

Al-maklum la disekian kalinya aku nak beritahu seluruh umat islam bahawa dekat Labuan, Sabah, and Sarawak bukak puasa awal iaitu 6.30 petang..eh..malam kot..huhu..So, masak-memasak ni memang kena dari pukul 12 lagi..Kalau dekat semenanjung buat macam ni, memang banyak la orang fitnah kita tak puasa..so,jangan amalkan ye..hee..Banyak sangat rasa nya aku membebel malam ni..so,lastly,aku nak kongsi pengalaman buat popia. musti korang cakap."Ala..bende ni semua orang tahu buat..tak yah cite pon takpe.membazir je tulis.."..so what?..ni blog aku..luahan dan nukilan cik Loly Lala Suhaila (LLS)..So..kalo taknak baca tu tak payah bazir klik2 sini ok?.tet..Balik kepada popia aku tadik, memang aku semangat la nak buat sebab dekat sini popia dia macam bukan popia.macam popeye..kurus kering..lepas tu ada ke letak isi kubis je..ish2.memang aku tak beli la lepas tu kan..tu yang balas dendam buat sendiri tu..

Ok la..tu je la aku nak cite..betapa seronok nya aku kat dapor mak aku untuk hari sabtu and ahad..So, aku harap aku akan berseronok lagi untuk sabtu and ahad akan datang dengan macam-macam pengalaman yang lagi menarik..heee..Selamat Berpuasa Semua..rajin-rajin lah ke dapur tolong mak ye..hee...

(Berapa banyak so da?..Ade aku kesah?..tak kan?hee..)



 

Pelangi Cinta Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei