Followers

Saturday, October 23, 2010

Kisah kau dan aku

Membebel dari whitechocolate at 12:23 AM



Sejak kebelakangan ini, aku dan dia selalu berselisih faham. Kadang-kadang aku yang melakukan kesilapan. Kadang-kadang dia. Tapi kami bertengkar hanyalah pasal benda-benda yang kecil dan remeh temeh sahaja. Dan perkara ini tidak patut terjadi. Adakah ini tanda-tanda kami akan...? Aku tidak sanggup memikirkan perkara itu terjadi.Aku sangat-sangat mencintai dirinya lebih dari diri ku sendiri. Aku tidak sanggup berpisah denganya. Sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu bahawa dialah yang telah berada di dalam hatiku. Setiap kali aku berdoa, aku akn berdoa agar dikuatkan jodohku dengannya. Semoga Allah memakbulkan doaku. Amin. Dalam banyak lelaki yang aku kenal, hanya dia yang memahami ku. Disini aku ingin menceritakan serba sedikit tentangnya. Dia seorang yang agak segak (bahasa kedah) ataupun hensem. Kadang-kadang aku berfikir "kenapa aku yang dipilhnya?. sedangkan aku hanyalah perempuan biasa jika dibandingkan dengan peremouan-perempuan yang ada di sekelilingnya.tidak kira samaada di tempat kerjanya, di rumah malah di sekitar negerinya. Dia berasal dari kedah. Saat pertemuan aku dan dia, aku benar-benar tidak menyangka dialah yang bakal menemaniku sehingga sekarang. Pada masa itu, dia sangat pendiam dan hanya tersenyum apabila dikacau. Dan pada saat itu aku mula jatuh cinta dengannya. Tapi aku hanya pendamkan perasaan ku kerana dia dan aku pada ketika itu mempunyai pasangan masing-masing. Akhirnya kami mengikut haluan masing-masing. Untuk dijadikan cerita, aku dan dia dipertemukan semula apabila dia menghantar sms kepadaku.Dalam hati berbunga kembang dan mekar selepas mendapat sepucuk sms darinya. Banyak dugaan dan rintangan kami tempuhi bersama. Dan pada satu masa, aku dan dia hampir putus disebabkan orang ketiga. Dan orang ketiga adalah kawanku sendiri. Pada waktu itu aku tersangat lah geram dan aku tidak dapat menahan marahku. Dia memujukku dan menceritakan hal sebenarnya. Dan aku sebagai seorang perempuan yang berhati lembut, aku mengalah dan melupakan perkara yang berlaku.

Dan pada hari ini, jam ini, minit ini dan saat ini, aku berdoa agar aku dan dia bersama hingga ke akhir hayat. Amin ya rabbal alamin..

7 comments:

whitechocolate on October 23, 2010 at 12:41 AM said...

weyh..mie..ko ni agak2 la xske..
ni musti ko jeles ni..
huhu

Teddyatie on October 23, 2010 at 9:41 AM said...

hehe...
cite gak pasal dy..
tibe2, teringat ketika 'pertemuan k0rg mula2' dlu..
[mcm aku da ditempat kejadian..]

cik mashitah baharom on October 23, 2010 at 10:18 AM said...

amin...=)

Mikael on October 23, 2010 at 10:25 AM said...

sungguh jiwang minah ini.

lylalittle on October 23, 2010 at 10:44 AM said...

hehe...saba la....bak kata peribahase...

susah2 dahulu....senang2 kmudian...
mungkin ini semua hanyalah ujian dr Allah S.W.T..
ujian untuk mencapai kebahagiaan abadi bersama..
heee~

Teddyatie on October 23, 2010 at 12:02 PM said...

i like ur komen dyla.[klau lah mcm fb ley 'like2']
bet0i tu... ;)

whitechocolate on October 23, 2010 at 12:33 PM said...

yatie : huhu..ak ase mmg ko ade la..hee
mashiey : tq~
mikael : sekali-sekala..ni taim ngh bersedey dowh..huhu
dla : hm..btol la 2..maceh dla..

Post a Comment

 

Pelangi Cinta Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei