Followers

Wednesday, October 20, 2010

5 sifat-sifat lelaki

Membebel dari whitechocolate at 8:07 PM
Manusia memang dilahirkan tidak sempurna. Baik lelaki mahupun wanita. Tetapi kita sebagai manusia perlulah membaiki diri kita demi kebaikan bersama. Kalau tidak mungkin kita akan ditinggalkan oleh pasangan yang kita benar-benar cinta. Aku menconteng post aku ni bukan lah untuk mengutuk apatah lagi mengata kaum lelaki. Mungkin ada yang bersetuju dengan aku, mungkin juga tidak. Tapi untuk melepaskan rasa geramku terhadap kaum yang digelar lelaki, aku teruskan juga coretanku ini.

1. EGO
Memang lumrahnya lelaki dikatakan mempunyai ego yang tinggi. Ini kerana mereka fikir mereka yang berkuasa terhadap pasangan mereka. Apabila kaum adam ni melakukan kesalahan, mereka tidak akan sesekali menyatakan bahawa mereka bersalah. Mereka tidak mengakui kesilapan yang mereka lakukan. Dan mereka juga tahu apabila berlaku perselisihan faham antara pasangannya, kaum hawa terlebih dahulu meminta maaf. Ini kerana hati wanita sangat lembut. Selembut roti gardenia. Ataupun selembut span. Oleh sebab itulah kaum adam ini merasakan mereka lah RAJA. Kerana setiap kali berlakunya perselisihan faham, wanita dahulu yang akan meminta maaf.


2. MULUT MANIS
Pernah dengar tak pepatah yang mengatakan dimana ada gula, disitu ada semut. Ini disebabkan gula sangat manis. Begitu juga dengan lelaki-lelaki yang bermulut manis. Sesiapa yang mendengar pasti cair dibuatnya. Secair susu cair F&N. Ataupun secair chocolate yang telah dipanaskan. Lelaki yang bermulut manis ini memang sangat pandai menutur kata-kata apabila mereka menginginkan sesuatu. Meraka pasti sudah berpengalaman atau berpengetahuan atau telah mendalami hati dan sifat wanita. Lelaki kategori ini bakal menghancurkan hati seorang wanita. Lelaki yang mempunyai sifat ini boleh menipu pasangannya apabila mereka telah 'terkantoi'. Dan secara otomatiknya, bukan manual, wanita akan mempercayai setiap bait perkataan yang disampaikan oleh lelaki.


3. PLAY THE BUAYA
Jangan salah faham dengan tajuk yang ke-3 ini. Bukan bermain dengan buaya tetapi PLAYBOY. Lelaki playboy ini juga didefinisikan lelaki bertpoengkan buaya yang suka mencari mangsa di saat kesunyiannya. Mereka yang mempunyai sifat ini sangat lah pandai 'kelentong-mengelentong' pasangan. Bab-bab tipu-menipu serahkan kepada yang pakar iaitu lelaki playboy ni. Ada sahaja alasan yang akan diberi untuk mengelakkan mereka terkantoi atau dengan nama saintifiknya pecah tembelang. Seperti yang kita tahu, lelaki ini akan memasang 2,3,4 ataupun berpuluh2 aweks dalam satu masa. Mereka mempunyai kelebihan dalam ayat-mengayat wanita. Dan mereka juga bijak menyimpan rahsia. Rahsia terkunci rapi dalam kotak hati mereka.


4.CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Point yang ke-4 ini bersangkut-paut juga dengan sifat ke-2 dan ke-3. Pernah anda yang bercinta ini mendengar ungkapan dari insan yang bernama lelaki seperti ini : Aku cinta padamu. Aku mahu menghabiskan masaku bersamamu. Aku ingin menjadikan kamu permaisuri di hati ku. Aku akan menjadikan kamu isteri ku. Aku akan sehidup semati denganmu...Tetapi setelah lama menjalin kasih dan percintaan itu terputus di tengah jalan, mana perginya janji-janji yang pernah ditaburkan semasa tengah hangat bercinta? Hilang ditelan ikan paus kah? Tersesat di hutan kah? Ataupun lemas di lautan?. Lelaki hanya mampu mengucapkan kata-kata tetapi tidak melakukannya. Sekiranya mereka berpegang dengan janji-janji manis mereka, mereka perlulah mempertahankan hubungan yang dibina. Dan perkataan 'dah takda jodoh. nak buat macam mana' ini sangat lah famous di kalangan kaum lelaki. Bukan aku ingin mempertahankan wanita tetapi wanita seboleh-bolehnya ingin mempertahankan hubungan tersebut.


5.CUCI MATA
Pernahkah anda melihat kekasih anda melihat wanita lain? Dan pada masa itu, anda berada bersamanya di sebuah kedai makan? Apakah perasaan anda pada ketika itu? Sakit,sedih,kecewa? Semuanya bercampur-aduk. Lelaki tidak sah jikalau tidak melihat wanita yang berdahi licin,seksi,dan cun. Pasti pandangan mereka akan tertumpu kepada wanita tersebut. Wahai kaum lelaki, apakah perasaan anda pula jikalau kekasih anda melakukan perkara yang sedemikian? Tidakkah anda merasa sakitnya hati? Seperti gunung berapi yang mahu meletus? Memang indah ciptaan Tuhan dan kita seharusnya memuji ciptaan-Nya. Tetapi janganlah anda melebih-lebih pula memandang orang lain sedangkan yang sedang berada bersama anda adalah pasangan anda.


P/S: Ini hanyalah luahan hati aku..tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan mati.Sekiranya ada salah dan silap, harap dimaafkan. Dan bagi yang tidak bersetuju, mintak maaf sekali lagi kerana entry ini bukanlah hendak mengata kaum adam..

6 comments:

chubby kumako on October 20, 2010 at 8:33 PM said...

sya sgt mnyokong anda!!! heh3

Anonymous said...

hee..
like2..

lylalittle on October 21, 2010 at 2:31 AM said...

nk lyke gak r..heee~
yg ke-5 2 sll gak nmpk...mmg sah r...haha.. :P

whitechocolate on October 21, 2010 at 2:53 AM said...

hehe..
ko pnh nmpk ke dla?
ta ske..ta ske..

Mikael on October 21, 2010 at 11:03 PM said...

nombor 5 tu agak berbisa bagi saya.

whitechocolate on October 22, 2010 at 12:02 AM said...

asl?
pnh ke ko wat?
aish!
no 5 2 ak pon kne seyh..
tacing!

Post a Comment

 

Pelangi Cinta Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei