Salam Aidiladha buat semua yang mengenali diri. Aku yang berada di kejauhan hanya mampu membuat ucapan raya di malam raya yang mulia ini. Sesungguhnya ini lah pertama kali aku beraya di perantauan. Tanpa keluarga disisi, tanpa kawan-kawan yang ku sayangi. Walaupun ini hanyalah hari raya haji, aku berasa sunyi tanpa keluargaku. Disaat-saat takbir bergema, hatiku merintih pedih. Ini disebabkan perasaan rindu yang mendalam terhadap keluargaku yang berada jauh dari pandangan. Mama dan abah, kenapa kita harus tinggal di Labuan? Kalau mama dan abah berada di Kajang sekarang, sudah tentu ila sekarang berada di sana dan pada malam ini mungkin kita bersama-sama membuat persiapan raya.
Mama, Abah, Kak na, Kak yuh, Abe and wife,kak aina, Adeq, dan anak buah tercinta, Adam Daniel..MISH U ALL!!! |
Buat mama dan abah...
Di hari raya ini, ila bersyukur kerana kita dapat bersama lagi. Ila tak tahu macam mana hidup kami adik-beradik tanpa mama dan abah. Sesungguhnya mama dan abah lah yang ila sangat-sangat rindukan sekarang. Ila mintak maaf kalau ila banyak buat salah. Ila tahu ila banyak melawan. Degil dan kuat merajuk. Ila juga tahu ila banyak menyusahkan mama dan abah apabila ila masuk ke universiti. Tiap-tiap minggu mama dan abah akan bank in kan duit untuk perbelanjaan ila. Ila hargai semua pengorbanan mama dan abah. Sejak ila dilahirkan lagi, mama dan abah dah banyak korbankan untuk ila. Dulu ila selalu fikir ila ni anak angkat sebab mama dan abah macam tak hiraukan ila. Tapi sekarang, pada masa ini ila rasa ila sangat berdosa kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan tentang mama dan abah. Maafkan ila!
Buat Kakna, Kakyuh, Abe, Adeq, dan Adam...
Selamat hari raya!!Sayang semua..dan rindu nya..
4 comments:
jgn la cedey2..mey hu na...hehe...taon depan aye kt uma ani lak ae...hahaha..
sedih dengar cerita kau ni.
cemot : agaga~ xmoh2..ton dpn akan aku blek gak sbb da x blaja..da abeh..huahuahua..
mika : cdey ke?ak tulis ni pon nk nanges. tp cover ag la..dkt umah mie kn?huhu
mmm...cdey kn law duk jaoh2...hehe...ak paam pe ko rse.. ;D
Post a Comment