Followers

Thursday, November 18, 2010

Membebel dari whitechocolate at 2:09 PM
Kte ditakdirkan untuk jatuh cinta. Dia adalah segala-galanya untuk kita. Sepanjang percintaan ini, kita selalu akan berjumpa dan bertemu untuk melepaskan rindu yang terpendam atau dalam erti lain 'dating'. Bahasa orang kampung aku. Haha. Selalu kita dengar pertemuan akan berakhir dengan bahagianya. Balik sahaja dari dating, muka berseri-seri dan ceria menandakan kebahagiaan. Tetapi ada juga yang balik dengan wajah yang sedih. Bak kata orang kampung aku, frust. Seperti aku. Selalunya setiap kali pertemuan aku akan merasakan dunia ini kami yang punya. Tapi baru-baru ini, aku dapat merasakan kesuraman dan kedinginan antara aku dan dia. Mungkin aku telah membosankannya. Mungkin aku sudah tidak seperti dulu. Atau mungkinkah dia yang sudah berubah? Sesungguhnya aku tidak mahu memikirkan perkara yang bukan-bukan. Benarkah dia benar-benar berubah? Ataukah aku yang telah berubah? Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersirat di hatinya. Semoga aku kekal bersamanya sehingga ke hujung nyawa..



24 November 2009 - tarikh keramat

2 comments:

lylalittle on November 18, 2010 at 9:13 PM said...

aminnn~ =D

whitechocolate on November 18, 2010 at 9:17 PM said...

thx dla..=)

Post a Comment

 

Pelangi Cinta Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei