Followers

Thursday, March 10, 2011

Tolong aku,Pelangi Cinta..

Membebel dari whitechocolate at 4:29 PM
Terdetik di hati aku untuk menulis entry kali ni. Walaupun aku dah lama tak menconteng di teman baikku,pelangi cinta, aku tetap bersama dengannya. Entry kali ni aku ingin meluahkan perasaan yang telah lama terbuku di dalam hati ini. Hanya kau lah tempat aku meluahkan perasaan,wahai Pelangi Cinta. Sesungguhnya aku mempunyai ramai kawan, tetapi siapa lah yang sudi mendengar kisah aku yang diibaratkan seperti melukut di tepi gantang. Sementelaah kawan-kawan aku yang lain ke kelas untuk belajar Forecast, aku duduk seorang diri di dalam bilik menanggung derita yang selama ini aku tanggung. Derita yang amat sangat sampai airmata gugur tanpa disedari. Dan setelah aku penat mencurahkan airmata di bantal ku, aku berniat pula untuk meluahkan apa yang terbuku di hatiku ini. Kisah yang ingin aku luahkan adalah kisah percintaan ku sendiri. Aku tahu mungkin dia bakal memarahi ku kerana meluahkan tentang percintaan kami kepada Pelangi Cinta. Tapi apakan daya ku, sesungguhnya aku tidak dapat menahan diri ku dari memikirkan perkara-perkara yang telah dia lakukan terhadap diri ku. Sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang tahu apa perasaan ku terhadapnya ketika ini. Dikala aku keseorangan, peristiwa-peristiwa lama muncul. Bagaikan baru sahaja semalam peristiwa itu berlaku kerana kesan nya masih dapat aku rasai. Dua kali dia membuatkan hati ku terguris. Tetapi kenapa aku masih menyayanginya? Adakah aku telah menjadi buta disebabkan panahan cintanya? Kalau orang lain di tempatku, mungkin mereka bakal meninggalkan dia. Tapi aku? Bodohkah aku? Peristiwa pertama apabila kawanku sendiri memanggilnya dengan panggilan yang membuat aku curiga. Selepas aku mendapat tahu perkara itu, aku terus menanyakan soalan bertubi-tubi kepada dia dan kawanku. Dan jawapan yang diberikan,"Panggilan je pon. bukan kami ada papa.bukannya kami suka sama suka pon". Kalau dah lama-lama,perasaan suka mula berputik kan?. Aku hampir memutuskan sahaja perhubungan kami. Tapi disebabkan perasaan sayang yang telah lama wujud dalam diriku ini, aku tidak sanggup berpisah. Aku hanya mampu menyimpan perasaan marahku dalam-dalam. Disebabkan itu juga,aku memutuskan perhubungan dengan kawan ku. Tapi Alhamdulillah, aku dan kawan ku sudah bercakap semula dan kami berkawan semula. Kali kedua dia membuatkan hatiku disiat-siat apabila dia tersalah menghantar mesej yang mencurigakan. Dia tersalah menghantar mesej tetapi dalam mesej itu dia memanggilnya Sayang. Setahu aku,hanya aku yang dia panggil sayang. Dan jawapan nya sekali lagi menghancurkan hatiku. "mesej dengan kaka angkat la. memang kami selalu panggil sayang. bukannya kami suka sama suka pon.kalo suka,dah lama kapel". Jantung aku hampir gugur disebabkan apa yang keluar dari mulutnya. Kesan dari peristiwa ini, aku hampir menderhaka kepada ayahku. Sesungguhnya aku tidak berniat untuk menderhaka kepadanya..Abah..maafkan ila.Ila banyak buat salah dekat abah. Ini semua disebabkan perasaan cinta yang ada di dalam diri ini. Sesungguhnya penangan cinta ini sangat merbahaya. Selepas hampir 2 tahun lebih aku dan dia, aku masih mampu menahan perasaan yang ku pendam demi cinta aku terhadapnya. Semoga apa yang aku korbankan selama ini berbaloi sehingga kami menjadi suami isteri yang sah. Doaku setiap kali aku sujud kepada-Nya.Semoga dimakbulkan. Kepada si dia,aku memohon maaf sekiranya apa yang ditulis di entry ini membuatkn dirimu marah kepadaku. Sekiranya kau menginginkan aku men'delete' entry ini, aku sanggup demi cinta aku pada mu.

(p/s : masa ini aku menjadi seorang yang sangat jiwang sebab aku mempunyai hati yang lembut dan aku juga seorang manusia yang mempunyai pelbagai perasaan termasuk CINTA)


Semoga aku dapat merasakan kebahagiaan seperti mereka..Amin..

7 comments:

lylalittle on March 10, 2011 at 6:11 PM said...

wahai sahabatku shila....sesungguuhnya kesabaran seseorg i2 akan dibalas dengan baik...
bersabar la ye??
jgn lpe...kami sentiasa ade disisi.. =D

whitechocolate on March 10, 2011 at 7:00 PM said...

dila : hee~..ak mmg bersabar..ini hanyalah luahan haty..maceh dila..;)

lylalittle on March 10, 2011 at 7:34 PM said...

hehehe...okeyh2....
mmm....tape2..we meet 2nyte okeyh?? =D

Teddyatie on March 10, 2011 at 8:55 PM said...

errmm.. betul ape yg cik dyla katakan itu wahai cik suhaila.. [pe ape hal lah aku ckp cmni...]

percaya ngan diri Die, maybe 1 ari t die akan hrgai tu sume.maybe mmg lumrah wanita, akan rase curiga..

tapi, kite kena jaga2 gak. aku xnak discuss benda2 nie sbb aku benda nie terjadi kat aku. terlalu mempercayai Die smpai 2 tahun, n akhirnye kant0i..

as a friend, just nak advice agar k0 sabar n pecaya klau Die wat s0mething wr0ng, pasti tuhan akan tunjuk kat k0. and jumpe seseorg yg lebih baik.. tapi aku pecaya wan se0rg yg baik.

cheer up, dear~! :)

Mikael on March 11, 2011 at 2:02 AM said...

lek r sue.. kalau rasa kesepian, jom pegi karoke. he he he

sab on April 7, 2011 at 9:35 PM said...

lagu sape ni???nk tajuk tq

whitechocolate on April 7, 2011 at 11:33 PM said...

lagu taylor swift..speak now..

Post a Comment

 

Pelangi Cinta Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei