Followers

Thursday, August 25, 2011

Eid ul-Fitr 2011

Membebel dari whitechocolate at 11:55 AM


Assalamualaikum w.b.t..Entry kali ni Cik Loly nak buat sempena Hari raya pada 30hb Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432H. Sebelum itu, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih lagi dapat merasai bulan yang mulia,bulan Ramadhan..4 hari lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita dengan seribu kesedihan dan bulan Syawal pula akan menjelma tiba dengan membawa seribu kegembiraan pada setiap umat Islam. Saya sering memperingatkan diri saya bahawa ini mungkin Ramadhan yang terakhir. Oleh sebab itu, saya berhasrat untuk menyucikan diri di bulan yang mulia ini dengan memohon keampunan kepada-Nya. Semoga doa saya dimakbulkan olehNya..amin..

Okay. Tu sebagai mukadimah je. Hehe. Entry ni kan bertajuk Hari Raya. So,ni nak cerita sikit lah pasal hari raya saya pada tahun ni. Tahun ni saya raya agak mewah la sebab macam-macam yang saya dapat sempena nak sambut hari raya ni. Antaranya;

1)Baju raya
- Baju raya tahun ni ditaja oleh kakak saya sendiri,Sabrina. Tahun lepas kakak saya yang first taja. Hehe. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun la baju raya ditaja. Tak penah beli guna duit sendiri. Al-maklumlah, saya ni student lagi. Tengah praktikal sekarang. Kalau praktikal ni bagi elaun, takpe juga. Memang la ada niat nak beli baju raya sendirik. Tapi apakan daya, duit tak ada. Hehe. Okay. Tema tahun ni ungu. Tapi baju saya tak berapa nak ungu sangat lah sebab ada warna biru dan putih. Kira macam-macam ada. Gambar baju tu belum ambil lagi. Tunggu raya pertama, baru saya buat entry baru khas edisi raya. ;).

2)Tudung raya
- Tudung raya saya tahun ni warna biru. Ha?. Musti korang akan cakap 'Macam tak kena je dengan baju'. La..kan dah bagitahu tadi baju saya ada warna ungu, biru, dan putih. So,boleh je kalau pakai antara ketiga-tiga warna ni. Tudung bawal ke shawl?. Sudah semestinya SHAWL. Sebab saya suka sangat pakai shawl. Tapi saya tangah kebuntuan sekarang sebab tak tahu nak pakai 'style' macam mane. Ingat nak buat 'style' baru. Dah bosan dengan 'style' lama. Tapi tengok lah dulu macam mane. Huhu.

3)Kasut raya
- Kasut raya @ wedges ni ditaja oleh kakak sulung, Suzana. Wedges ni pula saya beli warna hitam dan putih. Sebab warna ni sesuai dengan semua baju. Kan2?. Kasut ni tak ada apa-apa yang istimewa pun. Tapi kasut ni nampak cantik di pandangan mata saya lah. Orang lain saya tak tahu dan saya tak kisah apa orang nak cakap. Mak dan ayah saya serta abang saya semua macam pelik kenapa saya suka sangat beli wedges ni. Dorang cakap saya dah tinggi buat apa pakai kasut tinggi lagi?.  Saya pun tak tahu kenapa tapi saya suka!. Si dia pun tak bagi saya pakai wedges kalau saya keluar dating dengan dia. Wuu.. Sedih tau. (T_T).

4)Handphone raya
- Yang ni paling-paling terbaik lah. Macam bulan jatuh keriba pula rasanya sebab tak pernah dan tak berniat pun nak pakai handphone baru raya ni. Tup-tup ada orang nak taja beli handphone. So, rezeki jangan ditolak dan maut jangan dicari. Betul kan?. Hehe. Orang yang menaja saya pula bukan calang-calang orang dia. Walaupun dia dah ada anak dan isteri, still dia belikan untuk saya juga. Memang terbaik lah. Handphone touchscreen pula tu. Aish. Tak pernah mimpi pun nak pakai handphone-handphone canggih macam ni. Alhamdulilah. Saya patut bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang baik hati ni. Haa. Korang jangan buat-buat cerita pula di hari yang mulia ni. Orang yang menaja saya tu adalah abang kandung saya sendiri, Azim nama dia. Hehe.Mesti ada yang fikir saya ada 'sugar daddy' or bercinta dengan suami orang. NO. NO. and NO!. Perkara-perkara ni tak akan terjadi lah selagi iman masih kuat didada. ;)

Smart kan?. Tapi lagi smart kalau iPhone or Samsung Galaxy..;)


5)Beg raya, Baju Jalan-Jalan raya, Seluar Jeans raya 
- Haa. Ketiga-tiga items ni ditaja oleh ayah saya sendiri, Zakaria. Beg raya tahun ni warna hitam dan putih sama macam kasut wedges saya. Sesuai kan?. Hehe. Baju jalan-jalan pula saya beli dekat 4 helai. Semua nya kategori blouse sebab saya sekarang tertarik nak pakai blouse bila keluar jalan-jalan. Seluar jeans raya tahun ni pula adalah seluar jeans yang paling terbaik dari ladang lah. Seluar jeans Levi's. Huhu.

6)Duit raya
- Disebabkan saya ni masih bergelar student, maka dengan ini saya tak bagi lah duit raya dekat siapa-siapa pun. Saya hanya boleh menerima duit raya sahaja sekiranya ada yang memberi. Al-maklumlah, kalau umur dah meningkat remaja ni, memang susah nak dapat duit raya. Baik jadi budak-budak. Banyak duit raya dapat. Hehe. Saya tak berharap sangat lah untuk dapat duit raya tahun ni sebab saya dah dapat agak dah mesti duit raya tak akan mencapai ratus-ratus lah. Kadang-kadang ada juga cemburu bila kawan-kawan bercerita duit raya hampir 1K. Tapi saya sepatutnya bersyukur dengan apa yang saya dapat. Alhamdulillah..Dan pada hari ni saya bermurah hati nak bagi duit raya dekat siapa-siapa yang baca entry saya ni. Nah!. Ambil lah sampul dengan duit raya tu. Lepas tu, masukkan duit tu kesampul sendiri ye. Terima Kasih..;)
Pilih warna ni sebab ikut tema raya..;)


Banyak tak duit raya saya bagi?. Hehe.



7)Boyfriend raya
- Kalau ditranslatekan boyfriend ni ke Bahasa Melayu, jadi kawan lelaki. Kawan lelaki raya?. Ada la dalam 2,3 orang. Itu pun kawan kepada adik-adik saya. So, secara automatiknya saya pun berkawan lah dengan mereka semua. Hehe. Tapi kalau diikutkan Boyfriend (BF) ni adalah kekasih. Haa.. Kalau bab bf-bf ni, memang tak ada lah bf raya sebab kalau tiap kali raya tukar Bf, susah lah nanty. Hehe. So, the answer is Nope!. Saya tak ada Bf raya. ;)

8)Ucapan Raya
- Sebenarnya saya nak buat ucapan ni malam raya tapi dikesempatan ni saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin kepada keluarga tercinta, kawan-kawan tak kira lah kawan sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, UUM, dan FB. Dan yang paling teristimewa lah kepada si dia yang berada jauh di semenanjung Malaysia. Hehe.
Comel kan?. Hehe. Minal 'Aidin wal Faizin Semua..;)





1 comments:

lylalittle on August 25, 2011 at 3:17 PM said...

ces.....ak sorg je yg cm xde pape yg raya ni??mm...

Post a Comment

 

Pelangi Cinta Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei